MALAYSIA MENDUNIA - Muncul dengan suara keadilan dan kemanusiaan sejagat
MALAYSIA MENDUNIA: Muncul dengan suara keadilan dan kemanusiaan sejagat
Oleh Dr Ahmad Azam Ab. Rahman
Ketika dunia Islam terus tak sekata dalam banyak hal terutama dalam isu yang paling jelas dan terang, genosid Gaza, PM Anwar memilih jalan diplomasi, membina keyakinan dan kepercayaan pemimpin kuasa besar dunia untuk menjadikan kompas moral,keadilan dan kemanusiaan sebagai asas perdamaian.
Bukan mereka tidak tahu pendirian PM Anwar tentang Palestin. Bukan mereka tidak tahu PM Anwar adalah penaung Global Sumud Flotilla.
Namun Presiden Trump,Presiden Xi Jinping,Presiden Vladimir Putin menerima PM Anwar sebagai pemimpin yang dihormati dan wajar dijadikan rakan runding global yang ada kualiti dan dipercayai.
Wajah ASEAN menyerlah di bawah Kepengerusian Malaysia. Ramai tokoh besar hadir menggambarkan keyakinan terhadap kewibawaan PM Anwar.
Inisiatif damai Kemboja dan Thailand adalah buah dari pendekatan diplomasi.
Seruan damai dan berunding antara Pakistan dan Afghanistan adalah kerana kewibawaan PM Anwar.
Rakyat Timor Leste tidak akan lupa jasa PM Anwar atas asbab penyertaan sebagai anggota ke-11 warga ASEAN.
Dalam keadaan dunia yang tak menentu arahnya, kuasa besar dunia sedang bersaing melebarkan pengaruh, dunia Islam masih belum mampu bersatu dalam banyak hal,peluang untuk Malaysia muncul sebagai ‘conscience of the majority’ atau juru bicara umat terbanyak yang mendambakan keadilan sejagat yang aman damai semakin menyerlah.
Kepemimpinan PM Anwar dengan diplomasi berprinsip,melihat masa depan global dengan langkah taktikal bermaruah,menampilkan model Malaysia dengan keharmonian hidup damai dalam kerangka kepelbagaian melalui budayanya wajar disokong oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa kecuali.
Inilah masanya. Bukan semalam, atau besok, tapi sekarang.
MALAYSIA MENDUNIA!
*Catatan berdasarkan pengalaman sebagai pemimpin Gerakan Islam,pemimpin NGO Antarabangsa,Pesuruhjaya Hak Asasi OIC,Penasihat Khas Kementerian Luar mengenai Afghanistan.
Posting Komentar untuk "MALAYSIA MENDUNIA - Muncul dengan suara keadilan dan kemanusiaan sejagat"