-->
Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Widget Atas Posting

Senarai Ulama Hadist Beraliran Asya'irah dan Maturidiyah



SENARAI ULAMA’ HADITH BERALIRAN ASHA’IRAH DAN MATURIDIYYAH

Para ulama hadith (muhaddithin) yang terdahulu sejak zaman berzaman adalah orang yang mengikut aliran aqidah Asha’irah mahupun Maturidiyyah. Sungguhpun ramai diantara mereka telah menghafal beratus-ratus ribu hadith dan menghasilkan kitab himpunan hadith yang sangat besar sumbangannya hingga ke hari ini, namun mereka tidak membentuk aliran aqidah mereka sendiri. Bahkan mereka tetap berpegang teguh kepada aliran aqidah yang disusun oleh Imam Abu al-Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.


Mengapa? Perlu difahami bahawa para ulama yang pakar ilmu hadith tidak semestinya menguasai ilmu aqidah kerana kedua-dua ilmu tersebut mempunyai ahli pakarnya yang tersendiri. 


Imam Abu Muhammad Al-Ramahurmuzi (w.360H/971M) dalam al-Muhaddith al-Fāṣil Bayna al-Rāwi wa al-Wa'i telah memberi peringatan mengenai sebahagian Ahli Hadith yang hanya mampu meriwayatkan tetapi tidak mampu untuk mensyarahkan isi hadith. Beliau bersepakat dengan Imam Abu Sulayman Hamd al-Khattabi dengan kitabnya A’lam al-Hadith Sharḥ al-Bukhari bahawa mereka itu tidak menguasai Aqidah dalam membahaskan isi hadith yang mereka riwayatkan.


Beliau juga memperingatkan bahawa seseorang ahli Hadith itu jangan menyentuh perkara yang dirinya tidak menguasainya. Beliau mengingatkan bahawa hal tersebut adalah punca kepada sebahagian ahli hadith terpalit dengan kesesatan aqidah iaitu isu tajsim. Beliau memberi amaran kepada ahli hadith dengan berkata, “Seseorang yang sekadar periwayat hadith sahaja sepatutnya tidak berbincang mengenai disiplin ilmu yang dia bukan ahlinya”. 


Imam Abu al-Hasan al-Tabari (w.380H/990M) dalam Ta’wil al-Ahādith al-Mushkilat al-Wāridah fi al-Sifat (Muqaddimah) menyatakan bahawa tujuan beliau mengarang kitab ini adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang terjadi dalam kalangan yang menisbahkan diri mereka kepada hadith (al-firqah al-muntasibah ila al-hadith) bahawasanya mereka telah tersasar dalam memahami Hadith Sifat sehingga terjebak ke dalam kancah Tashbih(menyerupakan Allah dengan ciri-ciri makhluk).


Menurut beliau, kekeliruan tersebut adalah disebabkan kegagalan mereka menguasai ilmu-ilmu alat untuk memahami dengan cara yang sahih mengenai Sifat-Sifat Ilahi. Beliau menyatakan bahawa ahli hadith ini sangat bermudah dalam melemparkan tuduhan sesat serta menyimpang daripada Aqidah Salaf terhadap setiap orang yang menyalahi pandangan mereka. Selanjutnya beliau mengingatkan kepada para ilmuan ini yang hanya tahu menulis hadith untuk tidak bermudah-mudah memberi tafsiran terhadap hadith tanpa ilmu yang kukuh. 


Imam Badr al-Din ibnu Jama’ah dalam Īḍāh al-Dalīl telah menegaskan bahawa meskipun Imam Ibnu Khuzaymah (w.311H/924M) adalah seorang Ulama Hadith yang hebat, namun beliau amat lemah dalam penguasaan ilmu-ilmu yang berkait Aqidah. Ini menunjukkan bahawa seorang yang mahir dengan periwayatan hadith tidak semestinya seorang yang mahir dalam bidang Aqidah.


Imam Ibnu Jawzi dalam Daf’u Shubhat al-Tashbih telah menegur dengan tegas terhadap para Ahli Hadith yang mengaku sebagai pengikut mazhab Imam Ahmad bin Hanbal yang terlibat dengan salahfaham Aqidah dengan berkata, “Kalian telah memakaikan pakaian cacat yang buruk kepada mazhab Hanbali ini, sehingga tidak disebut Ulama Hanbali kecuali mereka disinonimkan dengan Mujassim”.


Walaubagaimanapun, terdapat ulama hadith yang menggabungkan kepakaran dalam bidang hadith dan aqidah sekaligus seperti Imam al-Baqillani, Imam Ibnu Furak dan Imam Abu Ishaq al-Isfarayini yang mana mereka bukanlah merupakan pakar Ilmu Kalam semata-mata, akan tetapi mereka semua adalah pakar dalam bidang hadith, justeru mereka lebih tepat digelar sebagai “muhaddith-mutakallim” yang bermaksud “ulama’ hadith yang pakar ilmu aqidah” (ruj: Siyar al-A‘lam al-Nubala’ li al-Dhahabi dan al-Salsabil al-Naqi li Abi Tayyib al-Mansuri)


Dibawah adalah senarai nama ulama muhaddithin yang setiap pelajar hadith pada masakini dari apa saja aliran pasti terhutang budi kepada mereka dalam ilmu hadith. 


𝐒𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐝𝐝𝐢𝐭𝐡𝐢𝐧 (𝐮𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐭𝐡) 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐥𝐢𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐡𝐚’𝐢𝐫𝐚𝐡


1. Imam Al-Hafiz Abu Al-Hasan al-Daruqutni pengarang Sunan


2. Imam Al-Hafiz Abu Nu’aym al-Asbahani pengarang Hilyatul Auliya’


3. Imam Al-Hafiz Al-Hakim An-Naysaburi, pengarang al-Mustadrak


4. Imam Abu Ishaq al-Isfarayini


5. Imam Al-Baqillani pengarang al-Ta'dil wa al-Tarjih


6. Imam Ibn Furak pengarang Mushkil al-Hadith wa Bayanuh 


7. Imam Ibnu Asakir pengarang Tarikh Dimashq 


8. Imam Ibn al-Athir pengarang Jami' al-Usul fi Ahadith al-Rasul


9. Imam Al-Hafiz Ibn Hibban, pengarang kitab al-Thiqat


10. Imam Al-Hafiz Abu Sa’id Ibn As-Sam’ani, pengarang kitab Al-Insaf


11. Imam Al-Hafiz Abu Bakr Al-Bayhaqi, pengarang kitab-kitab hadith dan kitab al-Asma’ wa al-Sifat.


12. Imam Al-Khatib Al-Baghdadi


13. al-Hafiz Ibn Jawzi


14. Al-Hafiz Ibn Battal


15. Al-Hafiz al-Zarkashi pengarang al-Tazkirah


16. Imam al-Nawawi pengarang kitab syarh Sahih Muslim dan banyak lagi.


17. Imam Izz al-Din bin Abd al-Salam


18. Al-Hafiz Ibn Al-Salah pengarang Muqaddimah


19. Sharif al-Jurjani pengarang al-Ta’rifat


20. Imam al-Mawardi pengarang al-Hawi al-Kabir


21. Imam al-Qushayri pengarang al-Risalah 


22. Imam Abu Bakr ibn al-Arabi pengarang Aridhat al-Ahwazi


23. Qadi Iyad pengarang al-Shifa'


24. Imam al-Qurtubi pengarang al-Tazkirah


25. Imam al-Baydawi pengarang Minhaj al-Wusul


26. Al-Hafiz Ibn Nasr al-Din al-Dimashqi pengarang Jami' al-Athar


27. Imam Taj al-Din al-Subki pengarang Mu'id al-Ni'am


28. Imam Taqiy al-Din al-Subki pengarang al-Sayf al-Maslul


29. Al-Hafiz Zayn al-Din al-Iraqi pengarang Alfiyah 


30. Imam Ibn Hajar al-Haytami pengarang al-Fatawa al-Hadithiyyah


31. Imam Al-Hafiz Ibn Daqiq al-‘Id


32. Imam Ibn al-Mulaqqin


33. Imam Al-Hafiz Ibn Abi Jamrah Al-Andalusi, musnid Ahlul Maghrib


34. Imam Al-Hafiz al-Kirmani, pengarang syarah sahih Al-Bukhari


35. Imam Al-Hafiz Al-Munziri, pengarang Al-Targhib wa Al-Tarhib


36. Imam Al-Hafiz Al-Abi, pensyarah sahih Muslim


37. Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, pengarang Faht al-Bari dan sebagainya.


38. Imam Al-Hafiz al-Sakhawi pengarang al-Maqasid al-Hasanah


39. Imam Al-Qustullani pengarang Irsyad As-Sariy


40. Al-Hafiz al-Zarqani pengarah Sharh al-Mawahib


41. Al-Hafiz al-Haythami pengarang Majma' al-Zawa'id


42. Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari pengarang Tuhfat al-Bari Sharh Sahih al-Bukhari 


43. Syeikh Abd al-Wahhab al-Sha'rani pengarang Mukhtasar al-Alfiyyah


44. Al-Hafiz al-Ala'i pengarang al-I'tirad


45. Imam Al-Hafiz al-Munawi pengarang Fath al-Qadir 


46. Imam Al-Hafiz al-Dimyathi 


47. Syeikh Ahmad al-Qushashi


48. Syeikh Ibrahim al-Kurani 


49. Syah Waliyullah Al-Dihlawi 


50. Sheikh Abu Al-Mahasin Al-Qouquji


51. Sheikh Al-Hafiz Ahmad al-Siddiq Al-Ghumari


52. Sheikh Al-Musnid Muhammad Al-Hafiz al-Tijani.


53. Sheikh Musnid Ad-Dunya Sheikh Muhammad Yasiin Al-Fadani.


54. Sheikh Al-Musnid Abbas Al-Maliki


55. Imam Al-Bayjuri


56. Al-Hafiz Muhammad al-Jazari


57. Imam al-Hafiz Mizzi


58. Imam al-Rafi'i


59. Imam Abu Ishaq al-Shirazi


60. Imam Abu Sulaiman al-Khattabi, pengarang Ma'alim al-Sunan Sharh Abi Dawud


61. Al-Hafiz al-Zamlakani


62. Imam al-Bayquni 


63. Al-Hafiz Muhammad al-Zabidi


64. Al-Hafiz Abu Shamah, guru Imam Nawawi 


Majoriti ulama bermazhab Maliki di sekitar Maghribi dan Andalus adalah beraliran Asha’irah, demikian juga majoriti ulama Mesir, India Selatan dan Alam Melayu adalah Asha'irah. 


𝗦𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗶 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗱𝗱𝗶𝘁𝗵𝗶𝗻 (𝘂𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗵𝗮𝗱𝗶𝘁𝗵) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘁𝘂𝗿𝗶𝗱𝗶𝘆𝗮𝗵


1. Imam Najm al-Din 'Umar al-Nasafi


2. Hafiz al-Din al-Nasafi


3. Imam Abu al-Layth al-Samarqandi


4. Imam Kamal ibn al-Humam


5. Syeikh Kamal al-Din Ahmad al-Bayadi


6. Imam Nur al-Din al-Bukhari 


7. Imam Ala' al-Din al-Bukhari


8. Imam Akmal al-Din al-Babarti


9. Syeikh Ibn Kamal Pasha


10. Imam Badr al-Din al-' Ayni


11. Al-Muhaddith ibn Qutlubugha


12. Al-Hafiz al-Zayla'i


13. Mulla Ali al-Qari


14. Al-Muhaddith al-Murtada al-Zabidi


15. Syeikh Abdul Ghani al-Maydani


16. Shah Abdul Aziz Dehlawi


17. Shah Abdul Rahim Dehlawi


18. Sheikh Abdul Hay al-Laknawi


19. Mawlana Abd al-Halim al-Laknawi 


20. Mawlana Anwar Shah al-Kashmiri


21. Mawlana Yusuf Binnori


22. Mawlana Yusuf Kandahlawi 


23. Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari


24. Syeikh Ala'uddin Al-Turki Al-Hanafi


25. Mawlana Taqiy Uthmani 


26. Mawlana Qasim Nanotwi


27. Mawlana Mahmud Hasan Deobandi 


28. Mawlana Rashid Ahmad Gangohi


29. Mawlana Khalil ibn Ahmad al-Saharanfuri


30. Mawlana Zakariyya Kandahlawi


31. Mawlana Shabbir Ahmad Uthmani


32. Mawlana Hussain Ahmad Madani 


33. Mawlana Ashraf Ali Thanwi 


34. Mawlana Shafi Uthmani 


35. Mawlana Habib al-Rahman al-A'zami


36. Mawlana Abul Hasan Ali al-Nadwi


37. Mawlana Saleemullah Khan


38. Mawlana Manzur Nu'mani


39. Mawlana Ashiq Ilahi Bulandshahri


40. Mawlana Zafar Ahmad al-Uthmani 


41. Majoriti ulama hadith Deobandi adalah beraliran Maturidiyah 


Semoga Allah merahmati mereka semua dan mengangkat darjat mereka setinggi - tingginya disisi Allah dan membalas segala perjuangan mereka dalam bidang ilmu. 


iqbal Zain al-jauhari

Posting Komentar untuk "Senarai Ulama Hadist Beraliran Asya'irah dan Maturidiyah"